Ads 468x60px

Teori Utilitarianisme

PENGENALAN. 


     Teori utilitarisme adalah merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan latin yang membawa maksud “bermanfaat” .Menurut teori utilitarisme ini,suatu perbuatan adalah baik jika perkara tersebut membawa manfaat,berfaedah atau berguna. 
      Teori utilitarisme juga disebut juga sebagai satu teori teleogis yang diambil daripada perkataan yunani iaitu teleos yang membawa maksud “tujuan”. Menurut teori ini kualiti sesebuah perbuatan adalah diperoleh dengan tercapainya perbuatan yang ingin dilakukan. 
        Teori utilitarisme juga berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada semua orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insane yang paling ramai.Teori utilitarisme juga merupakan satu aliran atau dimensi di bawah teori etika teleological yang juga dikenali sebagai consequentialism.Ia juga adalah merupakan doktrin moral yang mengkehendaki manusia supaya bertindak untuk menghasilkan kebaikan secara maksimum. 

PENGASAS DI DALAM TEORI UTILITARISME. 



     Tokoh yang terlibat di dalam mengasaskan teori ini adalah Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).Jeremy Bentham telah merumuskan teori utilitarisme sebagai “ The greatest happiness for the greatest number”.Teori utilitarisme menurut Bentham haruslah berkisar kepada kehidupan politik dan juga perundangan.selain daripada itu,Bentham turut menyatakan kehidupan manusia adalah ditentukan oleh dua ketentuan dasar iaitu nikmat dan perasaan sakit. 
    Bentham juga mengenal pasti 7 elemen yang perlu dipertimbangkan untuk mengukur keseronokan dalam mencipta kalkulus hendonistik Bentham yang memberikan skala antara -10 dan + 10 .Elemen yang telah diketengahkan oleh Bentham ialah : 

1) Intensiti.
2) Jangka masa
3) Kepastian
4) Kesegeraan
5) Kesedaran
6) keberkesanan
7) Had atau batasan

• Intensiti bermaksud kedalaman iaitu sejauhmananakah kedalaman kesan pengalaman terhadap seseorang
• Jangka masa ialah berapa lamakah kadar keseronokan dan juga kadar kesengsaraan akan berakhir.
• Kepastian adalah merupakan kepastian yang didapati daripada keseronokan atau kesengsaraan akibat daripada sesuatu perkara yang telah berlaku.
• Kesegeraan ialah kepantasan seseoarang individu mengalami rasa keseronokan dan juga rasa kesengsaraan.
• Kesedaran adalah merupakan kemungkinan yang berlaku pada seseorang individu apabila mengalami keseronokan pada masa akan datang.
• Keberkesanan adalah merupakan kemungkina seseorang individu akan mengalami kesengsaraan pada masa hadapan,sebagai contohnya mansa yang yang mengalami kemalangan akan merasa takut dan juga risau
• Had atau batasan pula adalah merupakan kadar keseronokan dan juga kesengsaraan yang diterima oleh seseorang individu yang dicetuskan oleh individu yang lain.


       Jika skor yang diterima berpihak kepada kesengsaraan berbanding dengan keseronokan,maka sesuatu perbuatan tersebut adalah merupakan sesuatu perbuatan yang salah dan tidak beretika.
       Pengasas teori utilitarisme yang seterusnya ialah John Stuart Mill yang merupakan anak kepada Jeremy Bentham.Menurut John Stuart Mill (1806-1873) ,teori utilitarisme adalah membezakan diantara keseronokan dengan memasukkkan aspek kualiti.Di dalam teori utilitarisme ini juga beliau melihat bahawa petunjuk kepada kualiti keseronokan adalah seperti tinggi dan rendah,baik dan buruk,dan sebagainya. 
   Menurut John Stuart Mill juga , faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan ialah kecerdikan,pendidikan,sensitivity,bermoral di dalam setiap tindakan dan memiliki kesihatan yang baik.John Stuart Mill juga memperihalkan teori utilitarisme seperti berikut: 

A) Prinsip kebahagiaan terbanyak , prinsip ini adalah menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau salah mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu.

Penyokong kepada teori utilitarisme ialah Quinton (1973) dan beliau menganggap bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan sendiri.

JENIS- JENIS TEORI UTILITARISME 

a) Act utilitarisme

- Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat daripada sesuatu perbuatan samada secara bermoral atau sebaliknya
- Sebagai contohnya ,aktiviti riadah seperti menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa yang digunakan untuk aktiviti tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja atau aktiviti yang lebih mendatangkan faedah atau manfaat.
- Act Utilitarisme ini juga adalah merupakan teori utilitarisme yang berada di peringkat yang rendah.

b) Hedonistic Utilitarisme

- Teori ini pula mengambil kira mengenai kegembiraan.kesan daripada suatu tindakan yang dianggap bermoral
- Ini adalah kerana Bentham berpendapat untuk menentukan samada tindakan yang dilakukan itu benar atau salah(moraliti), tingkah laku individu inaya adalah perlu mengambil kira terhadap kesan dan juga akibat yang diterima pada masa akan datang.
- Misalnya,tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaandan persahabatan,sehingga akan mencetuskan ciri kegembiraan.

CIRI –CIRI UTILITARISME

A) Kritis- Teori utilitarisme berpandangan bahawa kita tidak boleh menyerah begitu sahaja dengan menerima norma-norma yang ada.
B) Rasional –teori utilitarisme tidak menerima saja norma moral yang ada,teori ini akan mempertanyakan dan menggunakan andaian secara rasional.Teori utilitarisme ini bersifat rasional kerana teori ini menanyakan tentang sesuatu tindakan samada berguna atau tidak berguna.
C) Teleologis – Teori utilitarisme bersifat teleologis adalah kerana sesuatu tindakan itu dipandang baik dari tujuannya.Ertinya satu tindakan itu akan mempunyai tujuan di dalam dirinya.
D) Universal – seruan yang terkenal dari teori utilitarisme adalah sesuatu yang dianggap baik jika teori ini akan member kegunaan yang besar bagi kebanyakan orang.

KRITIKAN TERHADAP TEORI UTILITARISME. 


      Utilitarisme adalah menekankan mengenai tujuan dan juga manfaat terhadap pencapaian atau kebahagiaan duniawi dan mengabaikan aspek kerohanian.Teori utilitarisme turut mengorbankan prinsip keadilan dan hak individu demi keuntungan kepada golongan majoriti dan orang ramai. 

ISTILAH YANG SELALU DIKAITKAN DENGAN TEORI UTILITARISME.

( A ) Istilah kebaikan – merupakan pengalaman yang menyeronokan haruslah dikaitkan dengan kebaikan dan juga dengan kebahagiaan dan pengalaman yang menyakitkan akan dikaitkan dengan kejahatan.
(B) Istilah kebahagiaan – merupakan keseronokan dengan kebahagiaan yang diterima.

KELEMAHAN TEORI UTILITARISME

A) Manfaat merupakan konsep yang begitu meluas sebagai dalam kenyataan secara praktis akan menimbulkan kesulitan yang sedikit.
B) Etika utilitarisme tidak pernah menganggap serius terhadap nilai sesuatu tindakan pada dirinya sendiri dan hanya akan memperhatikan nilai sesuatu tindakan yang berada di persekitarannya.
C) Etika utilitarisme tidak pernah menganggap penting tentang kemahuan seseorang.
D) Kepelbagain yang dinilai tidak semuanya dapat dikulifikasikan
E) Seandainya ketiga kritirea dari etika utilitarisme saling bertentangan, maka akan ada kesulitan di dalam menentukan kesimpulan di antara ketiga-tiga kritirea tersebut.
F) Etika utilitarisme membenarkan hak kelompok minoriti tertentu dikorbankan demi kepentingan majoriti.

2 comments: