Ads 468x60px

Showing posts with label 3. T. Egoisme. Show all posts
Showing posts with label 3. T. Egoisme. Show all posts

Ringkasan Teori Egoisme

Definasi:

Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah “betul” jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu “buruk” jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri.

Egoisme boleh dibahagikan kepada dua kategori:

1.Egoisme Psikologi 
  •  satu teori deskriptif mengatakan bagaimana orang tindakan. 
  • manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental untuk berbuat demikian. 
 2.Egoisme Etika -
  • Memberitahu (pescribe) bagaimana mereka perlu bertindak. 
  • Ia di takrifkan sebagai teori yang menganggap nilai baik itu menguntungkan diri sendiri. Setiap orang patut bertindak demi kepentingan orang lain tetapi memenuhi kepentingannya. - 
  • egoisme etika terbahagi kepada 3 katogari iaitu 
    • i. Individual- setiap orang patut bertindak utk kepentingan sendiri 
    • ii. Personal - bertindak untuk kepentingan diri, tapi tidak berhak 
    • iii. Universal- setiap orang patut bertindak demi kepentingan orang lain tetapi memenuhi kepentingannya

Teori Egoisme

Teori Egoisme

Pengenalan

Egoisme bermaksud bahawa sesuatu tindakan adalah betul dengan melihat kepada kesan tindakan kepada individu. lndividu yang berpegang kepada falsafah ini percaya bahawa mereka harus mengambil keputusan yang dapat memaksimumkan faedah kepada diri sendiri. Terma “egoisme” berasal dari perkataan “ego”, perkataan Latin untuk “aku” dalam Bahasa Malaysia. Egoisme perlu dibezakan dengan egotisme yang bermaksud penilaian berlebihan psikologi terhadap kepentingan sendiri atau aktiviti sendiri. Teori ini adalah bersifat individualistik.

Contoh tindakan egoisme:

A. Seseorang memilih untuk membelanjakan sejumlah wangnya untuk diri sendiri daripada menderma kepada tabung kebajikan

B. Dalam situasi kebakaran kita memilih untuk tidak menyelamatkan mangsa kebakaran kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa sendiri.

C. Kita memilih untuk tidak menolong orang buta melintas jalan kerana ingin sampai ke tempat kerja pada waktu yang ditetapkan.

Pada contoh – contoh diatas menunjukkan kepentingan diri lebih diutamakan daripada kepentingan orang lain. lnilah konsep yang menerangkan teori egoisme di mana matlamat setiap orang adalah semata-mata untuk mencapai hasrat yang dihajati oleh diri sendiri